Saturday, March 14, 2009

Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.





No comments:

Post a Comment